Gejala Obesiti Berpunca Daripada Gaya Hidup Tidak Sihat.
Jika menyebut perkataan "obesiti" sudah pasti ramai akan membayangkan susuk tubuh fizikal manusia yang gempal atau gemuk.
Menurut Wikipedia, obesiti merupakan "keadaan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang." Ramai sahaja yang mengetahui tentangnya tetapi masih buat endah tak endah.
Pada tahun 2011 sahaja Malaysia sudah dicatatkan sebagai negara asia nombor satu yang paling ramai penduduknya menghidap obesiti.
Pada tahun 2019 pula, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata bahawa terdapat 13 kanser yang dikaitkan dengan obesiti.👉maklumat lanjut
Gejala obesiti ini sudah terang lagi bersuluh adalah disebabkan gaya hidup seseorang itu tidak sihat. Kita boleh lihat masyarakat khususnya di negara Malaysia gemar makan makanan yang manis, makanan segera dan makanan-makanan lain yang tidak elok untuk badan. Bukan itu sahaja, senaman juga kurang dilakukan tetapi terus menerus merungut akan fizikal diri.
Klasifikasi Kegemukan (Obesiti).
Kalkulator BMI
Masukkan Tinggi:Masukkan Berat:
BMI Anda Ialah: ?
Ini Bermaksud Anda: ?
Menurut statistik dari laman sesawang WHO, pada tahun 2015 Malaysia mencatatkan sebanyak 41.6% penduduk menghidapi obesiti dan meningkat sebanyak 0.9% pada tahun 2016. Statistik yang ditunjukkan di bawah terang menunjukkan bahawa masalah obesiti terus meningkat dari tahun ke tahun jika gaya hidup seseorang tidak diubah. Tidak kiralah di Malaysia mahupun diluar negara.
Garisan berwarna oren pula menunjukkan statistik negara Indonesia yang mana penduduk di negara tersebut mengalami kenaikan berat badan dari tahun 1975-2016 tetapi masih ditahap yang normal.
Penyebab Obesiti?
Kegemukan dan obesiti mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga disebabkan makan terlalu banyak makanan berkalori dan tidak melakukan aktiviti fizikal yang cukup untuk membakar kalori. Perubahan pola diet dan fizikal ini berikutan perubahan alam sekitar dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan pembangunan dan kurang dasar sokongan dalam sektor seperti kesihatan, pertanian, pengangkutan, perancangan bandar, persekitaran, pemprosesan makanan, pengedaran, pemasaran dan pendidikan.
Di peringkat global dan serantau,
~ Terdapat peningkatan pengambilan makanan yang padat tenaga yang tinggi lemak, garam dan gula tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrien lain.
~ Dan penurunan aktiviti fizikal, terutamanya di kawasan bandar disebabkan oleh semakin banyak bentuk bentuk pekerjaan, perubahan cara pengangkutan dan peningkatan pembandaran
Apakah Yang Perlu Dilakukan?
Individu:
~ Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurang makanan yang tinggi dalam gula, garam dan lemak tepu.
~ Masukkan lebih banyak kekacang, biji-bijian dan kacang dalam diet.
~ Hadkan pengambilan gula dan garam dari semua sumber dan jangan makan makanan ringan.
~ Hadkan pengambilan tenaga daripada jumlah lemak dan pergeseran penggunaan lemak daripada lemak tepu kepada lemak tak tepu.
~ Minum lebih banyak air daripada minuman manis.
~ Capai dan mengekalkan berat badan yang sihat.
~ Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal biasa (lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti tetap, sederhana-sederhana pada kebanyakan hari).
~ Hadkan tontonan televisyen pada anak-anak.
Komuniti:
~ Laksana dan kekalkan kawasan kejiranan yang selamat untuk aktiviti fizikal dan meningkatkan akses ke taman dan taman permainan.
~ Memperjuangkan pendidikan fizikal yang berkualiti di sekolah dan kemudahan penjagaan kanak-kanak.
~ Menyokong program penyusuan.
Sektor Swasta:
~ Mengurangkan gula, garam dan kandungan lemak makanan yang diproses.
~ Memastikan pilihan yang sihat dan berkhasiat disediakan dan mampu dimiliki oleh semua pengguna.
~ Elakkan pemasaran makanan ringan, terutamanya kepada kanak-kanak.
~ Memastikan adanya pilihan makanan yang sihat dan menyokong amalan aktiviti fizikal secara tetap di tempat kerja.
Kerajaan:
~ Mewujudkan kesedaran awam tentang diet dan aktiviti fizikal melalui media massa dan cara lain yang boleh dilakukan.
~ Mewujudkan cukai makanan tidak sihat dan subsidikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan secara tempatan.
~ Menggalakkan dasar yang sihat dan mewujudkan persekitaran untuk berjalan, berbasikal, sukan dan aktiviti fizikal lain.
~ Menguatkuasakan peraturan untuk memastikan diet sihat.
Video:
Kesimpulannya, kita sendiri mestilah bertindak terlebih dahulu dengan mengubah gaya hidup kita kearah yang lebih sihat bagi menghindarkan diri daripada menghidapi obesiti dan penyakit yang berbahaya. Tidak dinafikan juga bahawa pertolongan semua pihak juga dapat mengurangkan kadar statistik obesiti di sesebuah negara seterusnya melahirkan penduduk sihat yang akan memajukan negara.
Sumber:
1.https://www.who.int/gho/ncd/risk_factors/overweight/en/
2.https://www.youtube.com/watch?v=Kce4NyzOJFQ
3.http://www.searo.who.int/topics/obesity/en/
4.http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/



